KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup kukuh hari ini, menongkah arus berbanding prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya rendah, disokong oleh belian berterusan dalam saham utiliti dan teknologi, kata seorang penganalisis.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.29 mata atau 0.59 peratus kepada 1,589.59 daripada paras penutup 1,580.30.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.29 mata kepada 1,581.59 dan bergerak antara paras 1,581.59 dan 1,590.56 sepanjang hari dagangan.
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 621 berbanding 414, dengan 460 kaunter tidak berubah, 803 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 3.87 bilion unit bernilai RM3.15 bilion daripada 3.81 bilion unit bernilai RM3.06 bilion pada Khamis.
Pengurus portfolio dan ketua penyelidikan dan penasihat harta UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI meningkat susulan daripada aliran menurun dolar ketika ini.
Beliau berkata, momentum ini mendapat rangsangan daripada pelarasan meningkat unjuran kadar Rizab Persekutuan oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat (AS), yang memberikan lagi tekanan kepada dolar.
"Selain itu, sektor teknologi menerajui kenaikan pasaran hari ini, mendapat rangsangan daripada prestasi memberangsangkan Apple pada suku pertama 2024 dan pelancaran program pembelian balik saham US$110 bilion, di samping pelaburan besar Microsoft di Malaysia," katanya kepada Bernama.
Di peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 1.48 peratus kepada 18,475.92, Indeks Komposit SSE China turun 0.26 peratus kepada 3,104.82, Kospi Korea Selatan susut 0.26 peratus kepada 2,676.63 dan Indeks Straits Times Singapura jatuh 0.12 peratus kepada 3,292.93.
Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi Maybank dan Public Bank naik dua sen setiap satu masing-masing kepada RM9.80 dan RM4.12, CIMB meningkat satu sen kepada RM6.65, Tenaga Nasional naik 30 sen kepadaRM12.32,manakala IHH Healthcare susut empat sen kepada RM6.29.
Dalam kalangan kaunter cergas, Ingenieur Gudang susut 1.5 sen kepada 11.5 sen, MyEG meningkat 1.5 sen kepada 92 sen, manakala Fitters, TWL dan Binapuri semuanya tidak berubah masing-masing berada pada lima sen, tiga sen dan 7.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 74.02 mata kepada 11,970.11, Indeks FBMT 100 naik 72.29 mata kepada 11,597.12, Indeks FBM 70 meningkat 22.83 mata kepada 16,737.02, Indeks FBM Emas Shariah menokok 79.71 mata kepada 12,193.30 dan Indeks FBM ACE menambah 26.87 mata kepada 5,134.55.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 47.15 mata kepada 17,290.41, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.81 mata kepada 190.84, Indeks Tenaga menambah 2.91 mata kepada 966.85, manakala Indeks Perladangan jatuh 35.32 mata kepada 7,419.87.
Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.38 bilion unit bernilai RM2.79 bilion berbanding 2.14 bilion unit bernilai RM2.70 bilion pada Khamis.
Jumlah dagangan waran susut kepada 929.71 juta unit bernilai RM148.76 juta daripada 1.19 bilion unit bernilai RM157.99 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 560.13 juta saham bernilai RM210.14 juta daripada 478.56 juta saham bernilai RM196.65 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 339.0 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (649.48 juta), pembinaan (217.87 juta), teknologi (262.84 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (116.33 juta), hartanah (328.14 juta), perladangan (32.88 juta), REITs (19.28 juta), dana tertutup (114,300), tenaga (121.65 juta), penjagaan kesihatan (78.70 juta), telekomunikasi dan media (44.44 juta), pengangkutan dan logistik (49.78 juta), utiliti (1.20 juta), dan amanah perniagaan (684,700).
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 03 2024
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi naik 1.29 mata kepada 1,581.59 dan bergerak antara paras 1,581.59 dan 1,590.56 sepanjang hari dagangan. - Gambar fail/bursa.listedcompany.com
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di Kem Pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Uzbekistan mahu kerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi memastikan piawaian halal di negara itu mencapai ke tahap yang sama seperti dilaksanakan oleh JAKIM, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Gaza sudah 10 hari tidak terima bekalan perubatan
Tiada bekalan perubatan diterima di Semenanjung Gaza selama 10 hari ketika Israel meneruskan serangan ganas ke atas wilayah terkepung itu.
Perhilitan selamatkan gajah jatuh longkang
Perhilitan Perak berjaya menyelamatkan seekor gajah betina yang jatuh longkang di Batu 11, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tugu Peringatan JRTB di sini pada Jumaat.
Memerangi fahaman radikal & ancaman baharu pengganas
Untuk perincian berkenaan perkara ini kita bersama Penolong Profesor di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC-IIUM), Dr Ahmad El Muhammady.
AWANI Ringkas: FBM KLCI dijangka dipacu ke paras rintangan 1,620
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini
Menurut perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai.
Malaysia, Uzbekistan kongsi amalan terbaik dalam pelancongan
Malaysia berharap untuk menjadi hab pelancongan bagi rantau Asia Tengah ke Malaysia serta negara-negara ASEAN.
Uzbekistan mahu bekerjasama dengan JAKIM dalam piawaian halal
Uzbekistan juga berhasrat untuk bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) bagi meningkatkan kualiti rawatan di negara itu.
Zainal Rahim dilantik Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara
Bekas Pengerusi SPA, Tan Sri Zainal Rahim Seman dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) bagi tempoh 1 Mei 2024 sehingga 30 Sept 2026.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
FBM KLCI di paras tertinggi sejak Mac MAC 2022, penurunan kadar dijangka dorong sentimen global
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 7.88 mata kepada 1,611.11 berbanding 1,603.23 semasa ditutup semalam, menandakan paras tertingginya sejak Mac 2022.
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Bursa Malaysia ditutup rendah, akhiri peningkatan dua hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 2.65 mata atau 0.17 peratus kepada 1,603.23 berbanding 1,605.88 semasa ditutup semalam.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Bursa Malaysia dibuka rendah tetapi berubah arah dengan cepat, dengan pelabur kekal aktif dalam pasaran menjelang data Indeks Harga Pengguna yang penting dari Amerika Syarikat.
Dagangan sekuriti MAHB digantung hari ini, tunggu pengumuman penting
Dagangan sekuriti Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), digantung dari 9 pagi hingga 5 petang pada Rabu sementara menunggu pengumuman penting.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI turun 1.24 mata kepada 1,601.67 daripada 1,602.29 semalam.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, melepasi paras 1,602
Sokongan berterusan di peringkat tempatan membantu Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini walaupun prestasi serantau tidak begitu memberangsangkan.